Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kompleks PKNS Shah Alam kembali beroperasi selepas kebakaran semalam, manakala punca sebenar insiden masih dalam siasatan JBPM.
Transcript
00:00Kompleks PKNS Syaklam kembali beroperasi seperti biasa pada Jumaat selepas semua prosedur serta langkah keselamatan dipatuhi, susulan insiden kebakaran yang
00:10berlaku di premis itu pada petang Khamis.
00:12Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, PKNS memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan segera mengikut prosedur operasi yang ditetapkan bagi memastikan keselamatan pengunjung,
00:23penyewa dan warga kerja.
00:27Menurut PKNS, pemeriksaan awal mendapati kebakaran yang dipercayai berpunca daripada panel unit paket penyejuk udara ACPU yang terletak di dalam
00:37bilik unit pengendalian udara AHU di tingkat 1 bangunan berkenaan.
00:41Insiden itu menyebabkan bekalan elektrik dan sistem pendingin hawa di kawasan terlibat dihentikan sementara sebagai langkah keselamatan.
00:48Susulan kejadian pihak pengurusan kompleks turut mengaktifkan prosedur kecemasan dengan mengarahkan pengosongan bangunan fasa 1 menerusi sistem siaraya.
00:58PKNS memaklumkan Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia JBPM Selangor berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh singkat sekaligus mengelakkan api daripada merebak
01:08ke bahagian lain premis.
01:10Bagaimanapun, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan dan akan disahkan oleh JBPM selepas siasatan selesai.
01:18Semalam penolong pengarah operasi JBPM Selangor, Ashrul Rizal Asbar mengesahkan kebakaran berjaya dikawal dan tidak melibatkan sebarang mangsa.
Comments

Recommended