Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali berpandangan kadar keluar mengundi pada PRN Johor 11 Julai ini akan menjadi faktor utama yang menentukan peluang Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri. Beliau turut menggesa pengundi menunaikan tanggungjawab serta mengajak ahli keluarga yang layak mengundi bagi memastikan penyertaan tinggi dalam pilihan raya kali ini.
Transcript
00:00Naib pengurusi DAP Johor, Syekh Umar Bagarib Ali, berpendapat bahawa peluang Pakatan Harapan PH untuk membentuk kerajaan di Johor akan
00:09ditentukan oleh peratusan keluar mengundi pada pilihan raya negeri PRN Johor yang dijadual berlangsung pada 11 Julai ini.
00:16Beliau dalam kenyataannya turut menggesa agar para pengundi menunaikan tanggungjawab mengundi serta mengajak ahli keluarga yang layak untuk turut keluar
00:25mengundi pada PRN kali ini.
00:29Ujarnya kadar keluar mengundi yang tinggi mampu memberi kelebihan kepada PH dalam usaha memenangi lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri
00:37Don.
00:38Beliau yang juga pengarah komunikasi PH Johor turut menyeru rakyat negeri itu agar memberikan sokongan kepada gabungan berkenaan dalam usaha
00:45membentuk kerajaan negeri yang baru.
00:47Jelasnya kemenangan PH dengan jumlah kerusi yang mencukupi akan membolehkan sebuah kerajaan negeri baru dibentuk sekaligus membuka ruang kepada pelaksanaan
00:57lebih banyak agenda pembangunan dan kemajuan untuk Johor.
01:00Bagaimanapun, Syekh Umar berpandangan bahawa PRN Johor tidak sepatutnya diadakan ketika ini memandangkan kerajaan negeri sebelum ini mempunyai majoriti 2
01:10per 3 dengan 40 kerusi Don serta berada dalam keadaan politik yang stabil.
01:15Beliau mendakwa kos penganjuran PRN yang dianggarkan sekitar RM90 juta boleh dijimatkan sekiranya pilihan raya negeri itu diadakan serentak dengan
01:24pilihan raya umum PRU.
01:25Tambahnya beberapa negeri lain juga dijangka akan mengadakan pilihan raya negeri masing-masing sebelum PRU dilaksanakan dalam tempoh terdekat.
01:34PRN Johor dijadual berlangsung pada 11 Julai manakala pengundian awal ditetapkan pada 7 Julai.
01:40Calon-calon yang bertanding pula telah mengemukakan pencalonan masing-masing pada 27 Jun lalu.
Comments

Recommended