00:00Ini kita berhasrat untuk membuat pengenalan logo dan tema bagi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
00:11Kerajaan telah menetapkan tema bagi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 iaitu Kesejahteraan Dinikmati.
00:19Manakala logo Malaysia Madani dikekalkan sebagai logo rasmi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bagi tahun ini.
00:27Logo dan tema yang dipilih akan menjadi identiti utama dalam sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026.
00:37Pemilihan tema ini memberi gambaran visi kerajaan untuk mewujudkan sebuah negara yang maju, inklusif dan harmoni
00:44yang bermaksud setiap individu dapat menikmati kesejahteraan secara menyeluruh.
00:50Fokus utama tema ini adalah untuk memastikan bahawa kesejahteraan bukan hanya dikecapi oleh golongan tertentu,
00:58tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia.
01:02Kedua, saya ingin menyeru rakan-rakan media agar menyebaluaskan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 ini
01:11supaya semangat penghayatannya dapat diterapkan kepada setiap lapisan masyarakat
01:17dan kemuncaknya dizahirkan sewaktu sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September 2026.
01:26Saya turut menggesa rakan-rakan media untuk memperbanyak penyampaian kandungan
01:31yang berteraskan nilai kenegaraan dan semangat patriotisme kepada seluruh rakyat Malaysia.
01:38Usaha ini penting bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara
01:42serta memperkukuh jati diri nasional, khususnya sepenasambutan Bulan Kebangsaan yang bakal menjelang.
01:49Untuk makluman semua, program dan aktiviti sepanjang Bulan Kebangsaan tetap disambut dengan meriah
01:55walaupun dilaksana secara sederhana.
01:58Maklumat sepanjang sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia ini
02:02boleh diperoleh melalui saluran rasmi di Portal Merdeka 360.
02:11Marilah kita sama-sama menghayati tema kesejahteraan dinikmati
02:14dengan memperkukuh semangat perpaduan
02:17serta menyemai rasa syukur atas keamanan, kestabilan dan kesejahteraan yang dinikmati pada hari ini.
02:24Perpaduan yang kukuh ini menjadi asas penting untuk kita menumpukan perhatian
02:29kepada pengurusan dan pembangunan negara secara lebih berkesan
02:33khusus dalam menghadapi cabaran serta ketidaktentuan persekitaran global semasa.
02:39Terima kasih kerana menonton!
02:40Terima kasih kerana menonton!
Comments