00:00Pengurusan Aset Air Berhad PAAB berkembang menjadi antara tonggak utama dalam memastikan pembangunan sektor air negara dilaksanakan secara lebih tersusun,
00:10mampan dan berkesan sepanjang dua dekad penubuhannya.
00:14Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, selama tempoh itu, institusi berkenaan telah memainkan peranan penting dalam memperkukuh pembangunan
00:22aset dan infrastruktur air negara.
00:26Menerusi hantaran di Facebook sempena ulang tahun ke-20 PAAB, beliau menzahirkan penghargaan yang tinggi kepada seluruh warga kerja institusi
00:34tersebut di atas pencapaian yang membanggakan.
00:38Mengulas mengenai pembangunan infrastruktur air, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menegaskan bahawa ia merupakan satu pelaburan
00:47jangka panjang yang hasilnya tidak sentiasa dapat dilihat dengan segera.
00:51Menyentuh cabaran masa hadapan seperti perubahan iklim, pertambahan penduduk dan peningkatan permintaan sumber air, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan
01:00terus mengutamakan agenda keterjaminan air selaras dengan aspirasi Malaysia Madani yang memerlukan komitmen berterusan, perancangan yang teliti serta kerjasama erat
01:09antara kerajaan, agensi berkaitan dan semua pihak berkepentingan.
01:13Terima kasih kerana menonton!
01:13Terima kasih kerana menonton!