Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Kerajaan Australia akan mengkaji semula keberkesanan larangan penggunaan media sosial bagi remaja bawah 16 tahun bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang itu lebih berkesan.
Transcript
00:00Baik, seterusnya kerajaan Australia akan mengkaji semula keberkesanan undang-undang yang melarang remaja berusia bawah 16 tahun memiliki akaun media
00:08sosial.
00:09Sesudahan dapatan awal menunjukkan langkah itu memberikan impak yang terhad terhadap penggunaan platform digital dalam kalangan golongan berkenaan.
00:16Dan Menteri Australia Anthony Albanese berkata,
00:19semakan itu bertujuan memastikan pihak pengawal selia mempunyai kuasa penguatkuasaan yang lebih berkesan terhadap platform media sosial.
00:26Kata beliau, kerajaan akan menilai semula pelaksanaan undang-undang berkenaan berdasarkan maklum balas yang diterima sejak ia berkuatkuasa pada Disember
00:35tahun lepas.
00:36Langkah itu diambil selepas satu kajian mendapati, penggunaan media sosial dalam kalangan remaja Australia tidak banyak berubah meskipun larangan itu
00:44dilaksanakan.
00:45Sebelum ini, Australia menjadi negara pertama di dunia meluluskan undang-undang yang melarang platform seperti Instagram dan YouTube
00:52membenarkan individu berusia bawah 16 tahun untuk membuka akaun.
00:57Bagaimanapun, Albanese tidak memperincikan bentuk penambahbaikan yang akan dilaksanakan hasil semakan tersebut.
Comments

Recommended