Skip to playerSkip to main content
  • 21 minutes ago
Kerajaan umum kenaikan geran KRT dan peruntukan projek komuniti bagi perkukuh perpaduan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Baik seterusnya, kerajaan bersetuju menaikkan geran tahunan bagi kawasan rukun tetangga KRT di seluruh negara kepada RM10,000 berbanding RM6
00:10,000 sebelum ini berkuat kuasa mulai 1 Januari depan.
00:15Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira peranan penting KRT dalam memperkukuh perpaduan dan
00:23membantu kerajaan dalam menangani isu di peringkat komuniti.
00:26Menurut beliau, kadar geran sebelum ini kekal tidak berubah selama lebih sedekat walaupun tanggungjawab KRT semakin luas.
00:34Dalam perkembangan sama, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan segera RM3.205 juta bagi melaksanakan 16 projek baik pulih infrastruktur asas
00:45di institusi pendidikan Islam di Johor.
00:48Peruntukan itu melibatkan kerja naik taraf dan pembaikan di sekolah agama, madrasah, pondok serta institusi tafiz di beberapa daerah termasuk
00:57Batu Pahat, Muar dan juga Segamat.
01:00Selain itu, kerajaan turut meluluskan peruntukan segera RM1 juta bagi kerja pembaikan kritikal di kuartas polis diraja Malaysia PDRM di
01:09negeri tersebut.
Comments

Recommended