Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Menurut Armizan, kajian semakan menyeluruh terhadap kerangka perundangan e-dagang telah dimulakan sejak April 2024 dan laporan akhirnya telah disiapkan serta boleh diakses di laman sesawang KPDN.
Transcript
00:00Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Raya Hidup KPDN telah menyediakan Memorandum Jemaah Menteri berkaitan dasar penggubalan baharu e-dagang
00:08yang akan dibentangkan pada mesyuarat minggu pertama Julai ini.
00:12Menterinya Dato' Armizan Muhammad Ali berkata usaha itu bagi mewujudkan ekosistem persaingan yang adil, selain itu meningkatkan accountability platform e
00:20-dagang,
00:21membendung lambakan produk tiruan serta melindungi kelangsungan perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan.
00:30Ujar Armizan selepas mendapat pertimbangan Jemaah Menteri, kementerian itu akan meneruskan proses penggubalan rang undang-undang baru dengan mengambil kira
00:37pandangan semua kementerian serta semakkan Jabatan Peguam Negara.
00:41Sebagai negara dagang, Malaysia mengamalkan pasaran terbuka dan ini merangkumi strategi dan pendekatan dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital termasuklah sektor
00:51e-dagang.
00:52Walaubagaimanapun, kerajaan tidak akan sesekali membelakangkan kepentingan pemegang taruh tempatan.
00:57Di samping komited kepada keterbukan pasaran, pertumbuhan ini mestilah berlandaskan prinsip keadilan dan tanggungjawab
01:04serta diseimbangkan dengan faktor kelangsungan pertumbuhan perniagaan tempatan dan perlindungan pengguna.
01:11Armizan menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bentuk yang Syafura Othman pada sesi kamar khas di Dewan Rakyat pada Khamis.
01:17Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Papa itu berkata, pada masa ini, kerajaan belum mewajibkan semua penjual luar negara
01:23untuk menubuhkan syarikat atau entiti perniagaan yang berdaftar di Malaysia.
01:27Hal ini kerana model e-dagang rentas sempadan melibatkan pelbagai bidang kuasa antarabangsa
01:31yang perlu diteriti dari sudut pelaksanaan, pematuhan serta komitmen perdagangan antarabangsa.
01:37Dalam pada itu, Armizan memaklumkan, Jemaah Menteri turut bersetuju menubuhkan jawatan kuasa khas
01:42berkaitan impak perniagaan asing dalam negara.
01:44Bagi meneliti kesan perniagaan asing termasuk risiko lambatkan barangan serta perkhidmatan melalui platform e-dagang.
01:51Jawatan kuasa tersebut juga meneliti isu penyalahgunaan PAS Immigration untuk tujuan berniaga dan bekerja di Malaysia.
Comments

Recommended