Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Penyandang DUN Layang-Layang, Abd Mutalip Abd Rahim keluar UMNO dan menyertai Bersatu menjelang hari penamaan calon PRN Johor.
Transcript
00:00Kurang 72 jam sebelum hari penamaan calon pilihan raya negeri Johor, penyandang Dewan Undangan Negeri Layang-Layang Abdul Muttalib Abdul
00:09Rahim mengumumkan keluar daripada UMNO dan menyertai parti bersatu, berkuat kuasa serta merta.
00:17Bekas EXCO Hal Elwal Agama Islam Johor itu berkata, keputusan berkenaan dibuat atas pertimbangan peribadi selepas mengambil kira pandangan serta
00:25suara akar umbi di kawasan berkenaan.
00:27Dengan perasaan tawadok dan juga dengan perasaan rendah diri, saya mengumumkan untuk keluar daripada parti UMNO bermula pada saat ini,
00:44bermula daripada saat ini untuk menyertai parti bersatu,
00:51Bawah Perikatan Nasional dan insyaAllah pada kali ini saya juga akan menjadi calon untuk N27 Layang-Layang bagi pilihan raya
01:05negeri yang ke-16.
01:08Abdul Muttalib mula dipilih sebagai adun layang-layang pada 2013 sebelum kembali memenangi kerusi itu pada pilihan raya negeri Johor
01:152022.
01:17Pada masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada kepimpinan UMNO atas peluang dan ruang yang diberikan sepanjang penglibatannya dalam parti
01:25berkenaan.
01:26Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Bersatu di Pagoh pada Khamis.
01:31Bagi PRN kali ini, Barisan Nasional mempertaruhkan Chua Jianbun yang juga pegawai khas kepada Menteri Besar Johor sebagai calon di
01:39kerusi layang-layang.
01:40Setakat Mei 2026, Dun Layang-Layang mempunyai 25,181 pengundi berdaftar dengan pengundi Melayu membentuk majoriti sekitar 55%, diikuti Cina
01:52hampir 30% dan India sekitar 13%.
02:01Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended