00:00Dua maut manakala lima wanita cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan berhampiran restoran Tasik Raban dekat Lenggong, Petang Kamis.
00:09Penolong pengarah bahagian operasi Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarudzi Nur Ahmad berkata,
00:15sepasukan anggota dari Balai Bomber Lenggong bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 4.57 minit petang.
00:24Katanya, mangsa yang maut dikenali sebagai Zuraida Abu Bakar, 47 tahun, penumpang belakang yang menaiki kenderaan Honda Odyssey,
00:35manakala Melvinda Singh Gamum Singh, 41 tahun, ialah pemandu Toyota Vios.
00:40Kedua-dua mangsa yang tersepit di dalam kenderaan itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
00:47Mayat mangsa diserahkan kepada polis, manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut.
00:54Operasi tamat pada 6.12 minit petang.
Comments