00:00Pasaran saham Thailand mencatat prestasi terbaik di Asia Tenggara tahun ini apabila pelabur semakin melihat negara itu sebagai penerima manfaat
00:08daripada ledakan global, kecerdasan buatan AI khususnya melalui pembangunan infrastruktur digital dan pusat data.
00:14Sebahagian besar kenaikan itu dipacu oleh syarikat pengeluar sistem kuasa Delta Electronics Thailand Public Company Limited yang melonjak lebih 80
00:24% tahun ini dan muncul sebagai syarikat pertama Thailand bernilai lebih $100 bilion Amerika melebihi gabungan nilai empat syarikat terbesar
00:34lain di negara itu.
00:37Delta kini merupakan syarikat kedua paling bernilai dalam indeks MSCI ASEAN selepas DBS Group Holdings Limited sekaligus mengukuhkan kedudukannya sebagai
00:48antara pemain utama serantau dalam rantaian bekalan berkaitan AI.
00:52Penganalisis Bloomberg Intelligence berpandangan, walaupun Thailand tidak memiliki syarikat semikonduk terutama seperti Taiwan atau Korea Selatan, negara itu semakin diiktiraf
01:02kerana peranannya dalam membekalkan infrastruktur yang menyokong perkembangan AI termasuk pusat data, elektronik, sistem kuasa dan infrastruktur digital.
01:12Penganalisis Global Security Company Limited berkata, Delta berjaya memanfaatkan peningkatan permintaan global terhadap pusat data menerusi pengembangan kapasiti yang tepat
01:23pada masanya.
01:24Beliau berkata prestasi pendapatan syarikat itu secara konsisten mengatasi jangkaan pasaran sejak dua tahun lalu walaupun bertepan cabaran tarif Amerika
01:32dan konflik di Asia Barat dengan momentum keuntungan dijangka berterusan.
Comments