Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku munawir berkenan mengadakan Istiadat Mengadap Menjunjung Duli bagi menyempurnakan Kejadian Undang Luak Rembau pada Sabtu ini.
Transcript
00:00Yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Mukhris, Tuanku Munawir berkenan mengadakan istiadat mengadap menjunjung duli bagi menyempurnakan kejadian Undang
00:10Luak Rembau pada Sabtu ini.
00:11Perkara itu dimaklumkan oleh Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redaudin, Tuanku Mukhris dalam Titah Baginda ketika menerima menghadap Datuk
00:19-Datuk Adat Luak Rembau di Istana Besar Seri Menanti pada Khamis.
00:25Menurut Titah Baginda, istiadat menghadap menjunjung duli bagi menyempurnakan kejadian Undang Luak Rembau akan berlangsung pada jam 2 petang Sabtu
00:34di Istana Besar Seri Menanti.
00:35Tunku Besar Seri Menanti memaklumkan bahawa pemilihan penyandang pesaka Datuk Undang Luak Rembau telah dilaksanakan mengikut adat yang terpakai dan
00:44diamalkan dalam Luak Rembau.
00:46Menurut Baginda, urusan dan persiapan istiadat berkenaan boleh dibincangkan oleh Datuk-Datuk Adat bersama orang 4 istana selain mendoakan agar
00:55segala urusan istiadat itu berjalan lancar.
00:58Terdahulu dalam istiadat berkenaan, rombongan Datuk-Datuk Adat Luak Rembau menjunjung duli menghadap dengan membawa tepak siri sebelum Baginda menzahirkan
01:06titah berkaitan proses pelatikan Undang Luak Rembau yang baru.
01:10Istiadat kejadian Undang Luak Rembau yang berlangsung pada Sabtu ini merupakan kemuncak proses adat dalam pelantikan Undang Luak Rembau selaras
01:18dengan amalan adat perpatih di Negeri Sembilan.
01:21Dalam pada itu, pengurusi Istiadat Kerapatan Buapak 8 Kampung Waris Biduanda Nanduacara, Datuk Juan Datuk Zulkifri Syamsudin berkata,
01:29Kerapatan Buapak dan Ibu Soko di Luak Rembau telah sebulat suara memilih pesara guru Hassan Abhamid, 67 tahun, sebagai Undang
01:38Luak Rembau ke-22.
01:40Alhamdulillah pada kerampatan yang diadakan oleh anak-anak buah kampung Tanjung tersebut,
01:46maka kampung-kampung Tanjung daripada Ibu Soko dan juga warisnya telah memilih Tuan Haji Hassan bin Abdul Hamid untuk dijadikan
02:04Undang Luak yang kedua-dua insyaAllah.
02:07Untuk rekod, pemilihan Undang Luak Rembau mula menjadi pertikaian selepas penyandangnya Muhammad Syarif Osman, 83 tahun, meninggal dunia akibat sakit
02:17tua pada 15 Mei 2004 lalu.
02:19Pemilihan Undang di Negeri Sembilan dipilih daripada calon-calon daripada suku Biduanda yang merupakan suku asal di negeri itu.
02:26Terdapat 12 suku dalam sistem adat perpatih di Negeri Sembilan.
02:30Terima kasih.
02:32Terima kasih.

Recommended