00:00Cabaran terbesar syarikat dalam mengadaptasi kecerdasan buatan AI bukan lagi terletak kepada teknologi atau kos
00:07sebaliknya keupayaan pengurusan menerjemahkan teknologi itu kepada hasil perniagaan yang jelas.
00:14Menurut Timbalan Presiden Persatuan Pengguna Cyber Malaysia MCCA Technologies Azrul Zafri Azmi,
00:21pengurusan syarikat perlu memahami bagaimana AI boleh dimasukkan ke dalam operasi pulangan pelaburan ROI yang mampu dijana
00:30serta pihak yang bertanggungjawab terhadap penggunaan teknologi berkenaan.
00:37Katanya kejayaan penggunaan AI dalam sesebuah syarikat tidak boleh diukur hanya berdasarkan jumlah pekerja yang menggunakan teknologi itu.
00:45Sebaliknya perlu dilihat kepada kesannya terhadap pendapatan, kos dan produktiviti.
00:50Tengok data tadi report hanya 24% organisasi yang ada formal AI governance dan cuma 30% mempunyai accountability yang
01:02jelas terhadap AI inisiatif.
01:05Jadi saya lihat benda ini menjawab soalan tadi, jurangnya lebih kepada kombinasi leadership understanding dan juga execution capability.
01:14Bukan semua syarikat ini kena hire 20 orang AI engineer.
01:20Kadang-kadang kita just nak orang yang faham bisnes proses, lepas itu tahu di mana AI nak dimasukkan dalam proses
01:29tersebut.
01:30Jadi masalah kita yang sebenar bukan kekurangan AI tools tapi kurang orang yang boleh translate AI kepada bisnes outcome.
01:39Beliau berkata penggunaan AI dalam syarikat boleh dinilai menerusi tiga tahap bermula sebagai alat membantu tugasan individu diikuti integrasi dalam
01:48operasi sebelum diterjemahkan kepada hasil perniagaan.
01:51Pada tahap pertama, pekerja menggunakan AI bagi tugasan harian seperti menulis email, menghasilkan kandungan pemasaran dan menjalankan penyelidikan.
02:00Tahap kedua berlaku apabila AI mula diintegrasikan ke dalam aliran kerja dan sistem syarikat termasuk pengurusan hubungan pelanggan CRM, khidmat
02:09pelanggan, perekonanan, keuangan serta operasi jualan.
02:12Namun beliau menjelaskan ukuran paling penting terletak pada tahap ketiga apabila penggunaan AI mula menghasilkan perubahan yang boleh diukur terhadap
02:22prestasi perniagaan.
02:23Ini termasuk peningkatan pendapatan, pengurangan kos dan tempoh pemprosesan, peningkatan pengalaman pelanggan serta kemampuan syarikat berkembang tanpa perlu menambah jumlah
02:32tenaga kerja pada kadar yang sama.
02:35Beliau berkongsi pandangan itu dalam program niaga awal ini pada Khamis.
02:38Terima kasih kerana menonton!
Comments