00:00Kementerian Dalam Negeri KDN mengesahkan etnik Rohingya turut tergolong dalam 5,000 pelarian di negara ini yang akan dihantar pulang
00:08ke Myanmar.
00:10Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun enggan mendedahkan had masa yang ditentukan bagi pelaksanaan proses berkenaan.
00:20Saya sebut pelarian Myanmar. Myanmar ada 19 etnik. Rohingya itu satu daripadanya. Dia ada 19 etnik. Semua ada kat sini.
00:34Satu daripada 19.
00:36Baru-baru ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memalumkan Myanmar bersetuju menerima semula 5,000 pelarian negara itu yang
00:44berada di Malaysia hasil rundingan diplomatik dan hubungan baik kedua-dua negara.
00:49Ia adalah langkah awal bagi menangani isu berkenaan selain memastikan isu ketenteraan awam di Malaysia terus terpelihara.
00:57Sementara itu Saifuddin Nasution berkata KDN diarah mengemukakan data pelarian di negara ini yang dikumpulkan melalui dokumen pendaftaran pelarian DPP
01:08menjelang akhir tahun ini.
01:10Beliau berkata laporan dan perkembangan terkini mengenai progres isu berkenaan sudah diserahkan kepada jawatan kuasa Kabinet mengenai pekerja asing diperlusikan
01:21timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.
01:25Namun katanya angka dikenalpasti ketika ini hanya membabitkan individu dikategorikan sebagai pelarian di depot tahanan Jabatan Imigresen JIM di seluruh
01:35negara dengan status mereka akan disahkan selepas menjalani sesi teman duga.
01:40Beliau juga tidak menolak kemungkinan angka sebenar pelarian di negara ini jauh lebih besar berbanding yang sudah dikenalpasti mengambil kira
01:49jumlah kumpulan itu yang berada di luar depot tahanan.
Comments