00:01Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadli Shaari mempersoalkan mekanisme pengagihan tambahan RM1 juta
00:07bagi setiap kawasan Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim
00:12termasuk pihak yang akan menentukan keperluan mendesak rakyat.
00:17Fadli berkata perkara itu perlu diperjelaskan memandangkan Anwar menyatakan
00:21peruntukan tambahan berkenaan akan disalurkan terus kepada rakyat
00:24bagi membolehkan keperluan setempat ditangani tanpa birokrasi berlebihan.
00:30Katanya jika hanya ahli Parlimen Kerajaan sahaja yang berhak menentukan peruntukan tambahan itu dihabiskan
00:35baginya ia satu lagi bentuk sakau terhormat ala reformasi menjelang PRU.
00:41Semalam Anwar mengumumkan tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen
00:46dengan menegaskan bantuan kepada rakyat tidak boleh dipengaruhi perbezaan politik.
00:51Anwar berkata peruntukan itu akan diberikan terus untuk rakyat
00:54selepas menolak dawaan kerajaan menyekat peruntukan pembangunan kepada negeri dikuasai pembangkang.
01:00Akram Daniel, FMT
Comments