Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Majlis Perbandaran Kulai menutup sementara sebuah premis di kawasan perindustrian Indahpura, Kulai yang dikesan memasang bendera Malaysia dan Johor secara terbalik.
Transcript
00:00Majlis Perbandaran Kulai MPKU menutup sementara sebuah premis di kawasan perindustrian Indah Pura Kulai yang dikesan memasang bendera Malaysia dan
00:10Johor secara terbalik.
00:12Tindakan penutupan sementara itu dibuat sehingga pihak syarikat tampil memberi penjelasan dan melengkapkan perakuan aku janji berhubung insiden terbabit.
00:23Ex-Ko Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Muhammad Jafni Mat Syukul berkata, kerajaan negeri memadang serius kejadian tersebut dan tidak
00:32akan berkompromi dengan kejadian yang disifatkan cuai dan mengecewakan itu.
00:37Katanya perkara seumpama itu tidak boleh dianggap remeh, tidak boleh dinormalisasikan dan tidak boleh dibiar tanpa tindakan.
00:44Penutupan sementara premis dibuat menerusi Undang-Undang Kecil UUK 49-2 iaitu Kuasa Menutup Premis dan UUK 45-1 iaitu
00:56Pengibaran Bendera di bawah UUK Pelisenan Threat dan Perniagaan dan Peindustrian 2019.
01:03Dalam masa sama katanya Polis Diraja Malaysia PDRM sedang menjalankan siasatan. Pengarah syarikat berkenaan akan dipanggil dengan kadar segera untuk
01:12penjelasan.
01:13Sekiranya terdapat pelanggaran Undang-Undang atau syarat, tindakan selanjutnya akan diambil tanpa pilih khasih.
01:20Muhammad Jafni turut memberi peringatan tegas kepada semua pemilik premis, syarikat dan pihak industri di Johor supaya menghormati jalur gemilang.
01:29Katanya alasan kecuaian tidak boleh dijadikan lesen untuk memperlekehkan simbol kedaulatan negara.
Comments

Recommended