00:00Myanmar mengesahkan hampir 309,000 pelarian Rohingya di Bangladesh sebagai bekas penduduk negeri Raheim.
00:08Kementerian Luar Myanmar bagaimana pun berkata, proses penghantaran pulang mereka masih belum dapat dilaksanakan berikutan faktor keselamatan.
00:17Setakat 31 Julai lalu, seramai 308,797 individu telah disahkan daripada keseluruhan 828,824 nama yang dikemukakan Bangladesh.
00:31Myanmar menegaskan penghantaran pulang hanya akan dimulakan selepas keselamatan di Rakhine kembali stabil susulan konflik berterusan di wilayah itu.
00:40Menurut pihak berkuasa Myanmar, seramakan turut mendapati 4,241 individu didakwa terbabit dalam kegiatan keganasan manakala status lebih 113,000
00:52individu lain tidak dapat disahkan.
00:55Usaha penghantaran pulang Rohingya sebelum ini pernah dirancang pada 2018 dan 2019 namun gagal dilaksanakan apabila tiada pelarian kembali ke
01:05Myanmar melalui pengaturan tersebut.
01:07Krisis Rohingya memuncak pada 2017 apabila lebih 700,000 etnik minoriti itu melarikan diri ke Bangladesh manakala Malaysia menegaskan sebarang
01:17penghantaran pulang tidak boleh diteruskan jika keselamatan mereka tidak terjamin.
Comments