00:00Tentera Israel ditempatkan di Bandar Kusro di Tebing Barat ketika pihak berkuasa tempatan berusaha memulihkan kemudahan asas selepas penduduk mendakwa
00:08kawasan itu di Kepung Peneroka Israel selama hampir seminggu.
00:12Menurut kumpulan hak asasi manusia, tekanan yang semakin meningkat daripada Peneroka dilihat sebagai usaha memperluas kawalan ke atas tanah di
00:19Tebing Barat,
00:20sekaligus menjejaskan kawasan yang dituntut rakyat Palestine untuk penubuhan negara Palestine pada masa depan.
00:28Kehadiran anggota tentera dan kenderaan ketenteraan Israel berlaku serentak dengan kerja-kerja pembaikan yang dijalankan oleh pekerja Majlis Perbandaran Tempatan.
00:37Di bawah pemantauan tentera, kaki tangan perbandaran membaiki pipe air yang rosak di tepi jalan bagi memulihkan bekalan asas kepada
00:44penduduk setempat.
00:45Penduduk Kusro mendakwa kumpulan pendatang Israel telah mengepung beberapa kawasan kediaman sejak hampir seminggu lalu
00:51sebagai sebahagian daripada tekanan berterusan ke atas komuniti Palestine di kawasan tersebut.
00:58Isu penempatan dan penguasaan tanah kekal menjadi antara pertikaian utama dalam konflik berpanjangan antara Israel dan Palestine.
01:05Penduduk Palestine turut mendakwa terdapat layanan berbeza dari sudut penguasaan undang-undang di Tebing Barat.
01:11Menurut mereka, rakyat Palestine tertakluk kepada Undang-Undang Ketenteraan Israel,
01:16manakala pendatang Israel pula berada di bawah bidang kuasa Undang-Undang Sivil Israel.
01:20Mereka juga menuduh tentera Israel gagal mengambil tindakan mencukupi terhadap peneroka
01:26dan menggunakan perbezaan bidang kuasa tersebut sebagai alasan untuk tidak campur tangan dalam insiden yang berlaku.
01:33Terima kasih telah menonton!
01:33Terima kasih telah menonton!
01:34Terima kasih telah menonton!
Comments