00:08Aksi Superman ketika menunggang motosikal di lebuh raya dilakukan hanya untuk keseronokan
00:14walaupun mengakui diselubungi perasaan takut setiap kali melakukan lagak berbahaya itu.
00:20Bagaimanapun perbuatan samsing jalanan tersebut akhirnya menjerat diri
00:24selepas ditahan polis menerusi operasi bersepadu di lebuh raya duke Ulu Klang di Kuala Lumpur kira-kira jam 3 pagi
00:32pada Ahad.
00:33Operasi itu digerakkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik JSPT Kuala Lumpur
00:38dengan kerjasama bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik JSPT Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak
00:44serta konsesi lebuh raya duke.
00:47Tindakan bersepadu itu berjaya menahan lima penunggang motosikal yang melakukan aksi Superman.
00:52Seorang daripada remaja lelaki berusia 16 tahun yang tidak bersekolah itu berkata
00:58dia ditahan selepas pulang bekerja di Gerai Burger.
01:01Seorang lagi remaja berusia 16 tahun yang masih bersekolah di tingkatan 4
01:06juga mengakui tindakannya melakukan aksi berbahaya itu sekadar untuk suka-suka.
01:12Sinar harian yang mengikuti operasi terbabit mendapati terdapat tindakan
01:16segelintir samsing jalanan menunggang melawan arus selepas menyedari laluan ditutup.
01:21Sementara itu, Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohamad Zamzuri Mohamad Isa berkata
01:27lima samsing jalanan berusia 16 hingga 22 tahun ditahan.
01:32Katanya tindakan diambil mengikut Seksyen 42 Kurungan 1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
01:39Mohamad Zamzuri berkata lebuh raya duke merupakan salah satu lokasi samsing jalanan di Kuala Lumpur
01:44selain Jalan Raja Laut serta Jalan Tun Razak.
01:48Dalam pada itu, Mohamad Zamzuri memaklumkan,
01:50Op Samsing Jalanan telah melaksanakan 778 pemeriksaan motosikal
01:55selain 414 saman keseluruhan dikeluarkan.
Comments