Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menyambut baik cadangan kerajaan untuk memansuhkan AUKU dan memperkenalkan kerangka perundangan baharu bagi pendidikan tinggi. UIAM berpandangan langkah itu mampu memperkukuh autonomi universiti, kebebasan akademik dan pembangunan kepimpinan mahasiswa.
Transcript
00:00Baik, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia UIAM menyambut baik hasrat kerajaan untuk masukkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 atau AUKU
00:09dan memperkenalkan kerangka perundangan baharu bagi sektor pendidikan tinggi.
00:13Menurut Rektor UIAM, Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Osman Bakar, langkah itu membuka ruang lebih luas kepada mahasiswa
00:20untuk membina pemikiran matang, kepimpinan dan perlibatan yang lebih bermakna dalam masyarakat.
00:27Menurut beliau, kebebasan yang lebih luas kepada institusi pendidikan tinggi dan mahasiswa perlu disimbangkan dengan tanggungjawab serta integriti.
00:35Beliau berkata aspirasi tersebut selaras dengan komitmen UIAM terhadap epistemologi tauhid yang menekankan kefahaman ilmu secara bersepadu
00:43berteraskan kesatuan antara kebenaran dan tanggungjawab insan.
00:47Katanya ia juga sejajar dengan gagasan kecemerlangan umah yang menjadi asas pendidikan universiti itu
00:53dalam melahirkan graduan yang cemerlang dari sudut intelektual, berahlak dan berupaya menyumbang kepada masyarakat.
00:59Dalam pada itu, UIAM berpandangan kerangka perundangan baharu yang bakal diperkenalkan
01:04perlu turut memperkukuh autonomi institusi, kebebasan ekademik dan takbir urus universiti yang baik.
01:10Menurut Osman, aspek accountability juga perlu diberikan perhatian
01:14bagi memastikan keseimbangan antara kebebasan dan tanggungjawab institusi.
01:18Beliau menegaskan proses penggubalan undang-undang bahadu itu perlu melibatkan pandangan universiti,
01:24ahli akademik, mahasiswa dan pelbagai pemegang taruh dalam ekosistem pendidikan tinggi negara.
Comments

Recommended