00:00Penduduk di Kalimantan, Indonesia berdepan kebakaran hutan dan tanah yang memusnahkan tanaman
00:06serta kawasan ladang ketika kebakaran terus merebak di beberapa kawasan pada rabu.
00:11Di pinggir Pontianak, Ibu Negeri Kalimantan Barat, penduduk Agus Sungguldo berkata
00:16kebakaran berhampiran kawasan perumahan menyebabkan rumah diselubungi asap tebal.
00:22Ujarnya asap sangat tebal dan kawasan itu tidak pernah terbakar sebelum ini
00:26justru menyebabkan kebakaran menjadi sangat besar.
00:30Di Kalimantan Tengah, penduduk di Pulang Pisau pula berkata mereka kehilangan tanaman dan kawasan ladang akibat kebakaran.
00:37Mereka menyalahkan keadaan kemarau susulan musim kering yang berpanjangan menyebabkan bekalan air tidak mencukupi untuk memadam kebakaran.
00:45Indonesia berdepan musim kering yang lebih panjang dan teruk tahun ini susulan pengaruh El Nino yang semakin kuat
00:50sekaligus meningkatkan risiko kemarau, kebakaran hutan serta pencemaran udara.
00:55Data Kementerian Perhutanan menunjukkan 107,465 hektare tanah terbakar antara Januari hingga Jun tahun ini.
01:05Jumlah itu meningkat 110% banding tempoh sama pada 2023 ketika El Nino kali terakhir memberi kesan kepada Indonesia.
01:13Terima kasih kerana menonton!
Comments