Skip to playerSkip to main content
  • 28 minutes ago
Helikopter penyerang AH-64 Apache terhempas di Texas, mengorbankan dua anggota tentera dan mencetuskan kebakaran rumput.
Transcript
00:00Dua anggota tentera AS maut selepas helikopter tempur Apache terhempas di sebuah kawasan lapang di Texas pada Rabu.
00:08Nahas itu turut mencetuskan kebakaran rumput besar dengan asap tebal kelihatan menyelubungi kawasan dipenuhi serpihan helikopter.
00:15Pasukan kecemasan dikerahkan ke lokasi kejadian di Bell County, kira-kira 100km di utara Austin.
00:23Pangkalan tentera Fort Hood mengesahkan helikopter penyerang AH-64 yang ditempatkan di pangkalan itu terhempas dan mengorbankan dua anggota.
00:32Identiti kedua-dua mangsa masih belum didedahkan sehingga keluarga terdekat dimaklumkan. Punca sebenar nahas masih belum diketahui.
Comments

Recommended