00:00Usaha industri menerjemahkan agenda peralihan tenaga kepada hasil yang boleh diukur mendapat periktirafan menerusi Anugerah Tenaga Kebangsaan atau NEA 2026.
00:10Sebanyak 50 organisasi diiktiraf atas pencapaian dalam inisiatif tenaga lestari yang secara keseluruhannya menyumbang kepada penjenaan tenaga boleh baru, penjimatan
00:21tenaga serta pengurangan pelepasan karbon.
00:26Dianjurkan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air PETRA melalui Sedang Malaysia dan Suruhanjaya Tenaga NEA 2026 dirasmikan timbalan Menteri PETRA
00:36Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad di Kuala Lumpur pada Selasa.
00:40Sejak diperkenalkan pada 2018, NEA menjadi platform untuk mengiktiraf kepimpinan inovasi dan kecemerlangan organisasi tempatan dalam amalan tenaga mampan.
00:52Anugerah tahun ini merangkumi tiga kategori utama iaitu pengurusan tenaga, bangunan cekap tenaga dan tenaga boleh baru di samping anugerah
01:01khas termasuk, krim energi, stewardship, platinum dan gold award serta energy performance contracting.
01:07Tahun ini, inisiatif yang diiktiraf penyumbang kepada penjenaan tenaga boleh baru dan penjimatan tenaga sebanyak 270.54 GW per jam
01:18setahun dengan penjimatan kos tenaga mencecah 48.82 juta ringgit setahun.
01:24Usaha berkenaan turut mengurangkan pelepasan karbon dioksida secara kumulatif hampir 9.93 juta tan persamaan pelepasan karbon daripada kira-kira
01:352.2 juta kenderaan penumpang.
01:38Majlis itu juga menyaksikan buat julung kalinya ke semua subkategori tenaga boleh baru menerima penyertaan daripada pihak industri menandakan ekosistem
01:47tenaga bersih yang semakin matang serta keyakinan industri terhadap penyelesaian tenaga boleh baru.
Comments