00:00RCI akhirnya sampai kepada persoalan paling utama dan asas.
00:03Siapa yang diberi amanah menjaga tabung haji?
00:06Antara kelemahan yang dikenal pasti ialah pelantikan ahli politik aktif dalam barisan kepimpinan tabung haji
00:13dan RCI menyatakan bahawa amalan dan sikap begini tidak patut berlaku di masa hadapan.
00:19RCI juga mendapati salah laku dan unsur penyelewengan seperti berikut.
00:25Pertama, pengisytiharan agihan keuntungan tidak selaras dengan kehendak akta tabung haji.
00:33RCI mendapati agihan keuntungan sebelum 2018 tidak mencerminkan prestasi kewangan sebenar tabung haji
00:41dan melanggar akta tabung haji yang mensyaratkan aset perlu melebihi liabiliti termasuk kumpulan dana pendiposit.
00:52Maka saya ingin berkata dengan ikhlas dan jelas dan tulusnya,
00:57jangan sekali lagi kita benarkan tabung haji menjadi mangsa kerakusan kuasa.
01:02Jangan sekali lagi kita benarkan kepentingan politik mengatasi kepentingan pendiposit dan umat Islam.
01:08Jangan sekali lagi kita membiarkan angka dimanipulasi untuk menutup kelemahan sebenar,
01:13menutup penyelewangan yang pasti akan terbongkar.
01:22Terima kasih telah menonton!
Comments