Skip to playerSkip to main content
  • 12 minutes ago
Kes 26 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan ahli perniagaan, Nicky Liow, berakhir selepas Jabatan Peguam Negara mengesahkan pertuduhan itu ditarik balik susulan pembayaran kompaun berjumlah RM10 juta. AGC menegaskan keputusan berkenaan dibuat berdasarkan penelitian terhadap keterangan kes serta peruntukan undang-undang.
Transcript
00:00Jabatan Peguam Negara AGC menjelaskan penarikan semula 26 pertuduhan pengubahan wang haram terhadap Ahli Perniagaan Niki Liao dibuat selepas beliau
00:11bersetuju membayar kompaun berjumlah RM10 juta.
00:14AGC menerusi kenyataan media pada Jumaat memberitahu bayaran kompaun itu dipersetujui Niki atau nama sebenarnya Liao Sun Hi dan dilunaskan
00:25pada 29 Mei 2023 sebagai sebahagian daripada penyelesaian kes berkenaan.
00:34Selain kompaun tersebut, penyelesaian itu telah melibatkan pelucut hakan pon bernilai lebih RM647,000 serta harta-harta yang sebelum ini
00:43disita oleh pihak berkuasa.
00:46Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira keseluruhan keterangan yang diperoleh sepanjang proses siasatan.
00:51Selain menegaskan, ia tidak dipengaruhi sebarang tekanan luar atau persepsi awam.
00:56Susulan pembayaran kompaun tersebut, pihak pendawaan menggunakan peruntukan Seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil
01:06daripada Aktiviti Haram 2001 untuk menarik balik pertuduhan terhadap Niki.
01:13Maggaman Session Shah Alam pada 15 Jun 2023 kemudian memerintahkan Niki dilepas dan dibebaskan daripada kesemua pertuduhan selepas permohonan penarikan
01:24balik dibuat.
01:26AGC turut menegaskan Niki tidak pernah dibebaskan tanpa tindakan undang-undang.
Comments

Recommended