00:00Jenazah 112 rakyat Palestine daripada satu keluarga besar yang terbunuh dalam serangan udara Israel pada November 2023 akhirnya disemadikan dalam
00:10satu pengebumian besar-besaran di Bandar Gaza pada Selasa.
00:15Upacara yang berlangsung di kawasan Sabra itu menaksikan ahli keluarga dan penduduk mengiringi jenazah yang ditemui semula daripada runtuhan hampir
00:24tiga tahun selepas tragedi yang meragut nyawa mereka.
00:29Jenazah yang kebanyakannya telah reput dibalut dengan bendera Palestine dan disusun di kawasan merupakan pendepatan penduduk di Sabra.
00:37Ratusan penduduk berhimpun memberikan penghormatan terakhir manakala kelopak bunga ditaburkan ke atas jenazah sebelum solat didirikan.
00:46Sepanduk yang dipamerkan memaparkan gambar anggota keluarga besar Abu Syariah dan Al-Hassainah yang terkorban dalam serangan udara Israel pada
00:5422 November 2023.
00:56Juru cakap pertahanan awam Gaza Mahmud Basal dalam ucapannya mempersoalkan pembunuhan kanak-kanak, wanita dan orang awam di Gaza sambil
01:06menggesa masyarakat terbangsa menghentikan apa yang disifatkannya sebagai pembunuhan beramai-ramai.
01:13Selepas solat jenazah, keranda dan sisa-sisa mayat diusung ke tanah perkuburan untuk dikebumikan, diiringi ahli keluarga serta penduduk yang
01:22masih dibayangi kemusnahan perang.
01:25Pengebumian itu berlangsung di tengah-tengah runtuhan bangunan yang musnah, sekali lagi menggambarkan kesan berpanjangan konflik di Gaza terhadap ribuan
01:33keluarga yang kehilangan insan tersayang.
01:35Terima kasih.
Comments