Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Pihak Zoo Tama menyiasat kematian tiga ekor singa yang dipercayai berpunca daripada strok haba. Insiden itu merupakan kes pertama seumpamanya dalam tempoh 62 tahun operasi zoo berkenaan.
Transcript
00:00Baik bersuara kembali, 3 ekor singa mati disyaki akibat seruk haba di Taman Zoologi Tama, Tokyo.
00:06Ini merupakan kematian pertama akibat haba dalam kalangan singa di zoo itu sepanjang 62 tahun operasinya.
00:15Bedah siasat mendapati haiwan tersebut mengalami dehydrasi teruk serta kegagalan pelbagai organ.
00:20Namun punca sebenar kematian masih dalam siasatan.
00:24Sesulan peningkatan mendadak suhu di Tokyo sejak pertengahan Julai.
00:27Kebanyakan daripada 16 ekor singa di zoo itu hilang selera makan dan menjadi lesu sehingga memerlukan rawatan.
00:34Walaupun sebahagian daripadanya pulih, beberapa ekor lagi mengalami kemerusutan kesihatan dengan simptom serius termasuk tidak mampu berdiri dan hilang kesedaran.
00:43Sesulan kemerusutan kesihatan singa-singa itu pihak zoo menghentikan akses pengunjung ke kawasan pameran sejak 23 Julai lepas.
00:50Rawatan termasuk semburan air bagi menurunkan suhu badan serta pemberian ubat melalui infusi intravena masih diteruskan.
00:58Menurut pihak zoo, singa sememangnya berasal dari kawasan panas dan kering di sub-Sahara Afrika.
01:03Namun cuaca di Tokyo yang panas serta mempunyai kelembapan tinggi menyukarkan haiwan itu mengawal suhu badannya.
01:09Suhu di kawasan itu mencecah hampir 39 darjah Celsius pada pertengahan sehingga penghujung Julai sekaligus mencetuskan amaran stroke haba.
01:17Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended