00:00Penganalisis berpandangan naratif Perikatan Nasional sebagai pasukan sampingan bukan sekadar membantu barisan nasional, malah menjadi strategi politik untuk meluaskan pengaruh
00:12dan mengurangkan risiko dipersalahkan jika keputusan PRN Negeri Sembilan tidak memihak kepada mereka.
00:18Wong Chin Huat dari Universiti Sunway berkata, strategi itu meletakkan PRN dalam situasi menang-menang apabila boleh menuntut kredit jika
00:28PRN menang tetapi tidak mudah dipersalahkan jika gabungan itu kalah.
00:33Sementara itu penganalisis Universiti Malaya Taufik Yaakob berkata, naratif itu turut merendahkan jangkaan terhadap prestasi PRN dan membolehkan gabungan itu
00:43memisahkan keputusan di Negeri Sembilan daripada kekuatannya di Negeri-Negeri Utara.
00:49Namun katanya Pakatan Harapan juga boleh menggunakan naratif tersebut untuk menyerang PRN kerana dilihat mahu berkongsi kejayaan apabila menang tetapi
00:59mengelak daripada memikul tanggungjawab jika tewas.
01:02Taufik turut berpandangan strategi itu boleh menimbulkan persoalan dalam kalangan penyokong PRN khususnya bersatu sama ada gabungan itu kini sekadar
01:11menjadi pelengkap kepada UMNO.
Comments