00:00Dalam pada itu, sebuah kapal simpanan gas milik Amerika Syarikat dilaporkan terbakar di pelabuhan Damietta di pesisi Mediterranean, Mesir dalam
00:09insiden yang disyaki berpunca daripada serangan drone.
00:12Syarikat Keselamatan Maritim Britain dalam penilaian awalnya berkata, sebuah drone dipercayai mengenai kapal simpanan gas terapung yang dimiliki syarikat Amerika
00:22Syarikat.
00:24Menurut beberapa sumber perdagangan dan keselamatan, impak tersebut mencetuskan kebakaran yang kemudian merebak ke sebuah lagi kapal gas.
00:33Kumpulan pengurusan risiko Maritim Britain, Vanguard, telah melaporkan bahawa Energia Swinter dipercayai terkena objek tidak dikenali pada bahagian kanan kapal
00:42sebelum menyebabkan kebakaran.
00:44Bagaimanapun, api berjaya dipadamkan tidak lama kemudian.
00:48Dalam kenyataan berasingan, Kementerian Petroleum, Mesir mengesahkan berlaku kebakaran di pelabuhan berkenaan, namun tidak menyebut mengenai kemungkinan serangan drone atau
00:57punca sebenar insiden.
00:59Syarikat Perkhidmatan Pelabuhan, Inchcape pula memaklumkan dua kapal gas terlibat dalam kejadian kebakaran tersebut.
01:06Setakat ini, pihak berkuasa belum mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab terhadap insiden berkenaan.
01:11Kejadian itu berlaku hanya beberapa jam selepas Iran melancarkan serangan peluru berpandu terhadap tentera AS di Jordan,
01:19serta operasi ketenteraan bersama AS dan Arab Saudi terhadap kumpulan bersenjata yang disokong Iran di Iraq.
01:26Terima kasih telah menonton!
01:29Terima kasih telah menonton!
Comments