00:00Polis sahkan menerima laporan berhubung dawaan seekor anjing peliharaan bernama Roki di Belasah sehingga mati di Taman Teluk Gedung Indah
00:09Pelabuhan Kelang, Selangor yang tular di media sosial.
00:12Ketua Polis Daerah Kelang Selatan, Asisten Komisional Lim Jid Hui berkata, kes itu kini dalam siasatan dan orang ramai diminta
00:20memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan secara menyeluruh.
00:26Sebelum ini, tular rakaman video kejadian itu dimuat naik di platform media sosial bersama salinan laporan polis yang mendakwa insiden
00:34berlaku kira-kira jam 10.50 malam Rabu lalu.
00:37Berdasarkan laporan polis yang dibuat, seorang wanita berusia 42 tahun, dia ternampak sekumpulan remaja berada di hadapan rumahnya sambil memegang
00:44rantai yang dipercaya digunakan untuk menangkap anjing.
00:47Wanita itu mendakwa ketika kejadian tiada anggota pihak berkuasa tempatan PBT berada di lokasi.
00:54Menyebabkan dia berasa curiga sebelum keluar mencari anjing peliharaannya, Rocky, yang ketika itu tidak memakai kola.
01:01Menurutnya, sebaik pulang ke rumah, dia mendapati Rocky ditangkap sekumpulan remaja terbabit dengan tali diikat ketat pada leher sehingga menyebabkan
01:08haiwan itu sukar bernafas.
01:11Wanita itu mendakwa dia merayu supaya anjing peliharaannya dilepaskan namun kumpulan terbabit enggan berbuat demikian.
01:17Beliau turut mendakwa dimaklumkan jiran bahawa Rocky dipukul di bahagian kepala menggunakan sebatang besi sebelum mati akibat kecederaan yang dialami.
Comments