00:00Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dan bapanya cedera selepas dipercayai dipukul sekumpulan pelajar di hadapan sebuah sekolah menengah di
00:08Puchong pada 3 Julai lalu.
00:10Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ECP Mahmud Farid Ahmad, kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari ketika mangsa
00:17pelajar sekolah menengah kebangsaan SMK Taman Desa Minim sedang menuju ke motosikalnya di luar kawasan sekolah.
00:28Mangsa dikepung dan dipukul sekumpulan pelajar. Bapa mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan turut dipukul kumpulan pelajar terbabit.
00:35Akibat kejadian itu, mangsa cedera di bahagian bibir dan lutut, sementara bapanya cedera di tangan dan kaki.
00:41Muhammad Farid memberitahu beberapa individu sudah ditahan dan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pada Jumaat bagi pemohonan reman mengikut
00:48Seksyen 117 Kanuntata Cari Jenayah.
00:50Katanya polis turut bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa bagi memastikan kejadian itu ditangani secara profesional serta mengikut peruntukan
00:58undang-undang yang berkuat kuasa.
01:00Polis kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda
01:07atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
01:10Kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
01:15Dalam hari itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
01:21Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada ibu pejabat polis daerah IPD Serdang atau mana-mana balai polis berhampiran.
Comments