00:00Jumlah diesel terjual di stesen minyak di Sabah dan Sarawak pada Mac dan April lalu mencecah 200 juta liter sebulan,
00:08dua kali ganda lebih tinggi berbanding tahap sepatutnya berdasarkan bilangan kenderaan diesel berdaftar untuk kedua-dua negeri.
00:14Perkara itu dimaklumkan, Kementerian Keuangan sekaligus menjadi antara tiga alasan utama mengapa kerajaan mengambil langkah melaksanakan pembaharuan penyasaran subsidi diesel.
00:25Menurut MOF, jurang harga ketara antara harga diesel bersubsidi di Sabah dan Sarawak RM2.15 seliter dengan harga pasaran meningkat
00:34aktiviti penyeludupan selain tiris kepada bukan warga negara yang tidak sepatutnya menikmati subsidi.
00:39Dua lagi alasan adalah pertambahan perbelanjaan subsidi bahan api akibat lonjakan harga dan gangguan rantaian bekalan, susulan konflik Asia Barat
00:48yang teruk mengancam keterjaminan bekalan selain faktor kejayaan Budi-95 melalui mekanisme pengesahan MyCard yang diterima rakyat.
00:57MOF berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Dato' Nelson Anggang melalui jawapan lisan Dewan Negara yang disiarkan di laman web
01:04Parlimen.
01:05Mengelah selanjut, MOF menegaskan meskipun kerajaan bersama Petronas bertungkus lumus memperbagaikan sumber bekalan bagi memastikan kelansungan bekalan bahan api negara,
01:15usaha ini menjadi sia-sia sekiranya isu keterisian tidak ditangani dengan tegas.
01:19Hal ini lebih ketara di Sabah dan Sarawak kerana bukan warga negara teruk menikmati harga diesel bersubsidi RM2.15 seliter.
01:27Mengenai pembaharuan Budi Bandar ini, MOF memaklumkan ia membawa dua impak utama iaitu kelansungan bekalan diesel terjamin di pasaran negara
01:35serta rakyat dapat terus menikmati diesel pada harga yang lebih rendah.
01:40Mengelah selanjut, keterisan akibat penyeludupan dan penyalahgunaan oleh bukan warga negara dan industri dapat dibendung lebih berkesan apabila harga dipam
01:48ditetapkan pada harga pasaran sekaligus menjamin kelansungan bekalan di pasaran negara.
Comments