Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Litar Antarabangsa Sepang berpotensi menjadi lokasi perlumbaan F1 pada 4 Oktober sekiranya konflik Iran terus menjejaskan kalendar musim ini.
Transcript
00:00Malaysia berpeluang kembali tersenarai dalam kalender Formula One pada notis singkat tahun ini sekiranya konflik melibatkan Iran terus mencetuskan gangguan.
00:09Portal sukan pemotoran The Race pada Khamis melaporkan Malaysia dan Turki antar calon untuk menganjurkan perlumbaan pada 4 Oktober depan.
00:18Pada pertengahan Mac, F1 menangguhkan perlumbaan di Bahrain dan Arab Saudi yang dijadual berlangsung pada April.
00:24Sesulan konflik berkenaan sekaligus mengurangkan kalender musim ini daripada 24 kepada 22 perlumbaan.
00:31Menurut laporan itu, pengurusan F1 kini meneliti beberapa pilihan sekiranya dua perlumbaan terakhir musim ini di Qatar pada 29 November
00:39dan Abu Dhabi pada 6 Disember tidak dapat diteruskan akibat konflik di Asia Barat.
00:44Sebelum konflik Iran kembali memuncak, penganjur berharap Grand Prix Bahrain dapat dijadualkan semula pada hujung minggu pertama Oktober antara perlumbaan
00:52di Azerbaijan dan Singapura.
00:54Bagaimanapun, kemungkinan itu kini dilihat semakin tipis susulan ketegangan yang kembali memuncak antara Amerika dan Iran.
01:01F1 dijangka membuat keputusan awal mengenai cadangan perlumbaan pada Oktober itu ketika kejuaraan memasuki cuti pertengahan musim selepas Grand Prix
01:10Hungary di Budapest hujung minggu ini.
01:14Saingan musim ini dijadual bersambung semula pada penghujung Ogos.
01:17Litar antarabangsa Sepang pernah menjadi tuan rumah Grand Prix F1 Malaysia dari 1999 hingga 2017 sebelum perlumbaan itu digugurkan daripada
01:27kalender susulan peningkatan kos penganjuran dan yuran pelesenan.
Comments

Recommended