Skip to playerSkip to main content
  • 15 minutes ago
Pengerusi UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias yakin Barisan Nasional mampu memenangi lebih 19 kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan ke-16 sekali gus memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri secara bersendirian.
Transcript
00:00Sementara itu, Pengurusi Badan Perhubungan UMNO Negeri 9, Datuk Seri Jalaluddin Alias yakin
00:04Barisan Nasional mampu menangi majoriti mudah dalam PRN Negeri 9 kali ini.
00:10Calon BN bagi Dun Pertang itu berkata, BN menjangkakan dapat menangi lebih 19 kerusi Dewan Endangan Negeri
00:16untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.
00:20Tetapi pada kali ini, saya mempunyai keyakinan penuh bahawa Barisan Nasional
00:26akan diberikan mandat oleh rakyat untuk menubuhkan kerajaan secara total.
00:32Maksudnya ialah Barisan Nasional akan mencapai kemenangan melebihi daripada 19 kerusi
00:40iaitu simple majoriti bagi kita menubuhkan kerajaan.
00:44That is our jangkaan dan juga keyakinan saya.
00:49Beliau berkata demikian kepada media selepas proses penamaan calon selesai
00:54di Dewan Besar Kuala Kelawang, Jelebu pada Sabtu.
00:57Mengulas kemungkinan pembentukan kerajaan campuran jika tiada gabungan memperoleh majoriti,
01:02Jalaluddin mengakui pelbagai kemungkinan boleh berlaku dalam politik berdasarkan pengalaman lalu.
01:08Bagaimanapun, beliau tetap yakin BN mampu membentuk kerajaan secara bersendirian.
01:14Terdahulu, Jalaluddin disahkan mempertahankan kerusi Dun Pertang dalam pertandingan tiga penjuru.
Comments

Recommended