00:00Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Dun Kelantan, Datuk Mohd Farid Mohd Zawawi akan kekal memegang jawatan tersebut walaupun telah dipecat
00:08daripada Parti Peribumi Bersatu Malaysia Bersatu.
00:11Menurut Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan negeri tidak melihat sebarang keperluan untuk
00:20membuat perubahan terhadap jawatan berkenaan.
00:23Tambahnya, keputusan untuk mengekalkan atau mengganti penyandang jawatan itu bukan berada di bawah bidang kuasa Speaker Dun, sebaliknya tetakluk kepada
00:33pertimbangan kerajaan negeri.
00:34Jelas beliau prestasi Mohd Farid sepanjang menjalankan tugas sebagai timbalan Speaker tidak menimbulkan sebarang masalah dan tidak memberi sebab untuk
00:43beliau digantikan.
00:44Pada Mei lalu, Mohd Farid yang juga adun Kok Lanas dipecat daripada Persatu bersama beberapa pemimpin lain atas alasan melanggar
00:52disiplin parti.
00:54Selepas pemecatan tersebut, Mohd Farid dilihat menghadiri konvensyen gerakan riset Malaysia di Tanah Merah yang disertai bekas timbalan Presiden Bersatu,
01:03Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta beberapa pemimpin politik lain.
Comments