Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Bencana banjir yang melanda Melaka pada Sabtu lepas menunjukkan situasi semakin pulih apabila hanya 47 mangsa daripada 12 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu setakat 8 pagi ini, berbanding 800 mangsa daripada 266 keluarga pada 5 petang semalam.
Transcript
00:00Bencana banjir yang melanda Melaka pada Sabtu lepas menunjukkan situasi semakin pulih.
00:05Kemas kini portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM maklumkan sehingga 9 pagi Senin
00:10terdapat hanya 47 mangsa daripada 12 keluarga yang masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara PPS di negeri itu.
00:18Angka itu adalah penurunan berbanding 800 mangsa daripada 266 keluarga pada 5 petang semalam.
00:25Kesemua mangsa terbabit ditempatkan di dua PPS iaitu di daerah Alugajah dan Jasin.
00:31Berdasarkan maklumat portal berkenaan, 4 PPS di daerah Melaka Tengah telah ditutup dan kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing
00:38-masing pada ahad.
00:40Di daerah Alugajah, 5 mangsa sekeluarga masih ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Jeram
00:45manakala di Jasin, sebanyak 42 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Tehel.
00:52Mangsa terlibat terdiri daripada 40 dewasa, 5 kanak-kanak dan 2 bayi.
Comments

Recommended