Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Lebih 42,000 individu kehilangan kerja setakat Jun, dengan sektor pembuatan paling terkesan. Kerajaan salur RM248 juta bantuan dan komited menambah baik perlindungan pekerja melalui reformasi undang-undang.
Transcript
00:00Sebenarnya, seramai 42,807 individu dilaporkan mengalami kehilangan pekerjaan setakat 12 Jun lalu.
00:07Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Sri R. Ramanan, berdasarkan Statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso,
00:13agensi itu sudah meluluskan 134,123 tuntutan faedah melalui program Lindung Kerjaya,
00:20membabitkan jumlah keseluruhan 248.23 juta ringgit.
00:27Katanya, dana pampasan dan bantuan merangkumi agihan pelbagai elang kritikal yang direka khusus sebagai benteng perlindungan keuangan segera.
00:36Ramanan berkata, industri pembuatan kekal menjadi pasaran paling terjejas apabila mencatatkan kes kehilangan pekerjaan tertinggi,
00:43iaitu sebanyak 8,702 kes atau bersamaan 20.7% daripada jumlah keseluruhan.
00:50Beliau berkata, kemerosotan dalam sektor ini dipengaruhi kuat oleh lonjakan kos operasi domestik
00:56selain faktor ketidaktentuan permintaan di peringkat global yang menjejaskan rantaian bekalan.
01:02Katanya, sektor perdagangan borong dan runcit pula berada di kedudukan kedua paling terkesan
01:07dengan implikasi pemberhentian seramai 7,560 pekerja diikuti oleh aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan
01:14yang mencatatkan seramai 4,239 individu hilang mata pencarian.
01:19Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis disiarkan di laman sesuatu parlimen
01:24bagi menjawab soalan Datuk Seri Syekh Mohd Puzi Syekh Ali BN Pekan
01:27yang meminta Menteri Sumber Manusia menyatakan kesan daripada krisis global
01:31dan statistik terkini pekerja yang kehilangan pekerjaan.
Comments

Recommended