Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Pengarah Serantau WHO bagi Afrika, Mohamed Yakub Janabi berkata situasi wabak itu masih membimbangkan dengan penularan terus berlaku di wilayah timur Ituri dan North Kivu
Transcript
00:00Republik Demokratik Kongo, DR Kongo, merekodkan 1,502 kes Ebola termasuk 473 kematian.
00:07Menurut laporan terbaru yang dikeluarkan pada Jumaat, pihak berkuasa kesihatan awam DR Kongo
00:13memaklumkan seramai 628 pesakit kini ditempatkan dalam pengasingan,
00:19manakala 229 pesakit dilaporkan telah pulih.
00:25Laporan itu turut merekodkan 213 kes yang syaki termasuk 63 kematian.
00:30Ketika taklimat media secara dalam talian, pengarah serantau WHO bagi Afrika,
00:37Muhammad Yaakob Janabi berkata situasi wabak itu masih membimbangkan
00:41dengan penularan terus berlaku di wilayah timur Ituri dan utara Kivu.
00:47Katanya wabak semasa merupakan wabak Ebola Bundi Buyur terbesar yang pernah direkodkan.
00:55Sementara itu, pakar WHO di DR Kongo, Pierre Akimilari berkata,
01:00penularan wabak berlaku di kawasan yang terjejas akibat masalah keselamatan
01:05dan aktiviti kumpulan bersenjata.
01:08Ia sekaligus menyukarkan usaha mengesan kes serta menjejaki kontak rapat.
01:13Beberapa kawasan yang terjejas di Ituri merupakan kawasan pelombongan
01:17dengan pergerakan keluar masuk penduduk yang tinggi meningkatkan risiko penularan virus.
Comments

Recommended