00:00Kementerian Halewal Islam, Da'wah dan Bimbingan Arab Saudi memperhebat program kesedaran dan bimbingan di surau-surau hotel di sekitar
00:08Masjidil Haram sempena permulaan musim umrah 1448 hijrah.
00:14Program itu bertujuan menyediakan panduan agama yang penting kepada jemaah umrah di kawasan penginapan mereka sepanjang tempoh cuti musim panas.
00:23Kempen berkenaan menawarkan syarahan dan kuliah agama dalam pelbagai bahasa selepas setiap solat fardu.
00:30Sesi itu menerangkan hukum hakam berkaitan pelaksanaan umrah yang betul dan adab ketika mengunjungi Masjidil Haram.
00:38Pada masa sama menjawab secara langsung pertanyaan jemaah bagi membantu mereka melunaikan ibadah dengan lebih mudah dan sempurna.
00:47Bagi memperluaskan capaian serta meningkatkan kualiti perkhidmatan selaras dengan wawasan Arab Saudi 2030,
00:54Kementerian turut memasang skrin elektronik di surau-surau berkenaan untuk menyediakan bahan pendidikan dan bimbingan secara berterusan dalam beberapa bahasa.
01:05Ia sekaligus memastikan maklumat penting dapat diakses semua pengunjung.
01:14Terima kasih.
01:15Terima kasih.
01:17Terima kasih.
Comments