00:02Seorang maut tiga cedera, manakala lapan lagi terselamat dalam kejadian bot mencandat sotong karam pada jarak kira-kira sembilan batu
00:11nautika dari dataran Kuala Nerus pada malam tadi.
00:14Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, SCP Azli Mamad Nur, dalam kejadian kira-kira sembilan malam itu, mangsa yang maut
00:22ialah kru bot iaitu Ahmad Nasaruddin Mohd Jalil, 37 tahun.
00:26Tiga yang cedera adalah peserta mencandat sotong Faris Ibrahim, 33 tahun, Ahmad Daniel Iman, 24 tahun, Fatin Farisah Ruhaizan, 26
00:36tahun.
00:37Sementara tekong bot Muhammad Awais Sa'ari, 39 tahun dan tujuh lagi peserta mencandat sotong terselamat dalam kejadian tersebut.
00:46Azli memaklumkan semua mangsa telah dibawa naik ke jeti Tok Batin di Kuala Nerus kira-kira pada 10 malam tadi.
00:53Mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultan Zainal Abidin untuk tindakan lanjut, manakala mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Sultanah
01:01Nur Zahirah untuk menerima rawatan.
01:04Terima kasih.
01:06Terima kasih.
01:07Terima kasih.
01:07Terima kasih.
Comments