Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh lelaki warga asing, yang maut ditikam di sebuah tapak pembinaan di belakang bilik pameran kenderaan di Iramanis di Kota Kinabalu, awal pagi, pada Rabu.
Transcript
00:00Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes bunuh lelaki warga asing yang maut ditikam di sebuah tapak pembinaan
00:07di belakang bilik pameran kenderaan di Iramanis di Kota Kinabalu pada awal pagi Rabu.
00:12Memangku kata polis daerah Kota Kinabalu, Superintenden Said Lot Said E.B. Rahman berkata pihak yang menerima maklumat mengenai kejadian
00:18tersebut pada jam 1.40 pagi sebelum laporan polis dibuat pada jam 2.23 pagi.
00:24Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 34 tahun itu dipercayai telah keluar bersama suspek pada sebelah pagi untuk
00:33minum di kawasan penampang.
00:35Kedua-dua mereka kemudiannya pulang ke rumah kongsi berkenaan kira-kira 11 malam sebelum berlaku pertekaran yang dipercayai berpunca daripada
00:43salah faham ketika mereka sedang mabuk.
00:46Said Lot berkata mangsa dipercayai telah memukul suspek menggunakan sebatang kayu sebelum suspek bertindak balas dengan menikam mangsa sebanyak 4
00:55kali menggunakan sebilah pisau pemotong sayur.
00:58Beliau berkata suspek dipercayai melarikan diri manakala mayat mangsa ditemukan di dalam sebuah lubang pembentung berhampiran lokasi kejadian.
01:07Katanya pasukan forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontijen Sabah telah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan mayat mangsa telah dibawa ke
01:15Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat.
01:21Said Lot berkata kes kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan kerana membunuh dan usaha mengesan serta menangkap suspek
01:29termasuk merampas senjata digunakan sedang giat dijalankan.
01:33Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat ASP Syed Abdul
01:41Rahman Syed Mohsin di talian 012-310-6882 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.
Comments

Recommended