00:00Aktiviti penternakan babi di Negeri Selangor adalah tertakluk di bawah enakmen penternakan babi Negeri Selangor 1991.
00:08Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Veterina JPV Negeri Selangor selaku pihak berkuasa melulus,
00:15bertanggungjawab untuk mengawal selia, mengeluarkan lesin serta melaksanakan penguatkuasaan ke atas ladang-ladang pertenakan
00:25bagi memastikan pengusaha mematuhi syarat lesin, garis panduan penternakan modern dan keperluan perlindungan alam sekitar.
00:34Segala tindakan penguatkuasaan dan pengurusan ladang dilaksanakan selaras dengan enakmen penternakan babi Negeri Selangor 1991.
00:42Mana-mana pengusaha yang gagal untuk mematuhi syarat lesin atau didapati menyebabkan pencemaran dan gangguan kepada orang awam
00:51boleh dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa negeri mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.
00:58Dari perspektif Kementerian Sumber Asli dan Kelisaran Alam ataupun NRES pula,
01:03penyediaan laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling ataupun Environmental Impact Assessment EIA
01:09hanya diwajibkan bagi pembukaan kawasan baru penternakan babi yang melibatkan 2,000 populasi babi dirian atau lebih.
01:19Sebagai mana yang diperuntukkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling,
01:24aktiviti yang ditetapkan, penilaian kesan kepada alam sekeliling 2015.
01:29Oleh itu, ladang-ladang sedia ada di Tanjung Sepat tidak tertakluk kepada keperluan penyediaan laporan EIA tersebut
01:37kerana telah beroperasi sebelum perintah EIA ini dilaksanakan.
01:42Walau bagaimanapun, kelulusan laporan EIA bukanlah kelulusan untuk melaksanakan sesuatu projek pembangunan.
01:49Sebaliknya, ia merupakan pengesahan bahawa aspek perlindungan alam sekitar telah dinilai
01:56dan memenuhi keperluan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta 127.
02:02Keputusan untuk meluluskan sesuatu pembangunan masih tertakluk kepada pertimbangan pihak berkuasa melulus
02:09berdasarkan undang-undang dan syarat-syarat lain yang berkaitan.
Comments