Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Pelepasan cukai dan pakej mampu milik dorong pelancongan domestik Malaysia dengan 74.7 juta pelawat dan perbelanjaan RM34 bilion.
Transcript
00:00Seterusnya, pelaksanaan pelepasan cukai bagi pelancongan domestik yang merangkumi pembelian tiket, tempahan hotel dan perbelanjaan berkaitan mampu merancakkan dan mengekalkan
00:10momentum sektor pelancongan tempatan.
00:12Menurut Timbalan Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia, Dato' Azli Halim, pemberian pelepasan cukai seperti yang pernah dilaksanakan dalam belanjawan
00:22tahunan sebelum ini terbukti membantu meningkatkan aktiviti pelancongan domestik.
00:53Kajian Pelancongan Domestik Malaysia
00:57Pertama 2026 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia, DOSEM, mendedahkan prestasi pelancongan domestik Malaysia terus menunjukkan momentum positif apabila merekodkan 74
01:08.7 juta pelawat.
01:10Ia merupakan peningkatan 7.2% berbanding tempoh sama pada tahun lalu.
01:16Bagi perbandingan suku tahunan, jumlah pelawat domestik meningkat sebanyak 0.9% berbanding suku keempat 2025.
01:26Seiring peningkatan tersebut, perbelanjaan pelancongan domestik turut melonjak kepada RM34.0 bilion dalam tempoh yang sama.
01:35Nilai itu menunjukkan pertumbuhan 15.8% tahun ke tahun serta peningkatan 4.5% berbanding suku sebelumnya.
Comments

Recommended