Skip to playerSkip to main content
Selepas setahun tragedi tiga remaja maut dirempuh pemandu Honda Jazz bawah umur dalam kejadian di Senawang tahun lalu, Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu memerintahkan pesalah muda tersebut dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tempoh tiga tahun.

Majistret, Nurul Azuin Mohd Talhah menjatuhkan hukuman berkenaan selepas remaja lelaki yang kini berusia 18 tahun sembilan bulan itu membuat pengakuan bersalah di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 Kanun Keseksaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785069/berita/semasa/pemandu-honda-jazz-sebab-kematian-tiga-remaja-diperintah-ke-henry-gurney-bayar-pampasan-rm2000

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #kemalangan
Transcript
00:00Selepas setahun tragedi tiga remaja maut dirempuh pemandu Honda Jazz bawah umur dalam kejadian di Senawang tahun lalu,
00:08Mahkamah Magistret Seremban pada Rabu memerintahkan pesalah muda tersebut dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tempoh tiga tahun.
00:17Magistret Nurul Azwin Muhammad Talha menjatuhkan hukuman berkenaan selepas remaja lelaki yang kini berusia 18 tahun 9 bulan itu membuat
00:28pengakuan bersalah.
00:29Remaja terbabit yang hadir ke mahkamah dengan bertongkat turut dikehendaki berada di bawah pengawasan pegawai ahlak selama setahun selepas tamat
00:38tahanan,
00:39manakala ibunya sebagai penjada dikenakan bon berkelakuan baik selama tiga tahun dengan cagaran RM4,000.
00:46Bagi pertuduhan kedua di bawah Seksyen 26-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu tanpa lesin,
00:55remaja tersebut diperintahkan membayar denda RM2,000 jika gagal bayar boleh dipenjara satu bulan.
01:03Mahkamah juga memerintahkan ibu bapanya membayar pampasan sebanyak RM2,000 kepada setiap keluarga mangsa selaras dengan Seksyen 426A Kanon Tata
01:14Cara Jenayah.
01:15Bagaimanapun proseding tersebut dijalankan dalam keadaan tertutup,
01:19media pada 17 Disember 2025 melaporkan pesalah kanak-kanak itu membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan
01:27sebagai pemandu Honda Jazz telah memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Muhammad Aidil Ramdan Abdullah, 15 tahun,
01:36Muhammad Aswari Lotfi, 16 tahun dan Aisar Azim Abdullah, 17 tahun.
01:42Dalam kemalangan pada 6 Mac tahun lalu, kereta Honda Jazz dipandu remaja lelaki itu gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat
01:51merah
01:51lalu melanggar dua motosikal yang datang dari arah sebelah kiri.
02:01Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended