Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa bekas Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, pernah mengugut keluar parti jika anaknya tidak dipilih sebagai calon BN di DUN Rengit.
Transcript
00:00Seterusnya, Seteusaha Agung UMNO, Datuk Dr. Ashraf Wajidi Dusuki mendakwa keputusan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor, Datuk Dr. Mahmud
00:08Puan Zarkashi, keluar parti, bukan berpunca daripada dawaan campur tangan institusi diraja dalam urusan UMNO Johor.
00:15Sebaliknya, Ashraf mendakwa Puan sebelum ini pernah mengugut untuk keluar parti dan menghentam UMNO sekiranya kepimpinan tertinggi parti tidak mempertimbangkan
00:24anak beliau sebagai calon barisan nasional BN di Dewan Undangan Negeri Don Rengit.
00:31Menurut beliau, walaupun anak Puan masih muda dan mempunyai potensi sebagai pemimpin, pemilihan calon dibuat berdasarkan pelbagai pertimbangan, bukannya atas
00:39faktor hubungan kekeluargaan.
00:41Ashraf berkata tindakan mengugut parti bagi memastikan ahli keluarga dipilih sebagai calon adalah tidak wajar, lebih-lebih lagi dilakukan oleh
00:47seorang pemimpin yang berpengalaman.
00:50Beliau telah mendakwa ini bukan kali pertama Puan mengugut untuk meninggalkan UMNO apabila kehendaknya tidak dipenuhi.
00:56Katanya ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Presiden UMNO, Puan juga pernah mengugut untuk keluar parti sekiranya tidak dicalonkan
01:03semula sebagai ahli parlimen batu pahat.
01:05Sebenarnya itu Ashraf menegaskan UMNO bukan parti warisan anak beranak yang mengutamakan kepentingan keluarga dalam pemilihan pemimpin.
01:12Beliau berkata perjuangan UMNO jauh lebih besar daripada kepentingan individu atau keluarga dan parti itu tidak seharusnya tunduk kepada tekanan
01:19mana-mana pihak.
Comments

Recommended