00:00Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan mengakui faktor luar seperti konflik Asia Barat memberi kesan kepada kos perjalanan, namun
00:08sambutan terhadap Festival Rainforest World Music Festival RWMF pada tahun ini masih kukuh.
00:14Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata ia secara tidak langsung memberi
00:22kesan berantaian terhadap pelbagai sektor termasuk peningkatan kos penerbangan yang menjadi laluan utama pelancong ke Sarawak.
00:55Dalam nada sama, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak, Syar Zidi Datu Saleh Askor memberi jaminan jumlah jualan tiket yang
01:04direkodkan setakat ini adalah menggalakkan meskipun industri pelancongan berdepan cabaran kos penerbangan yang tinggi.
01:11Menurut beliau, sebahagian besar pembeli tiket setakat ini datang dari pasaran ASEAN seperti Singapura, Brunei dan semenanjung Malaysia selain menerima
01:20sambutan yang baik dari Australia.
01:43Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis pembukaan Rainforest Youth Summit Rai 2016 di Kuching pada Rabu.
Comments