Skip to playerSkip to main content
  • 10 hours ago
Malaysia berpotensi memperkukuh ekonomi biru melalui pembangunan sistem data marin bersepadu yang menyokong inovasi dan pertumbuhan sektor maritim.

Pakar menegaskan masa depan industri dipacu penguasaan lapisan nilai dalam sistem maritim, bukan hanya infrastruktur fizikal.
Transcript
00:00Malaysia berpotensi besar untuk memperkukuh ekonomi biru masa depan melalui pembangunan sistem data marinasional yang lebih bersepadu, strategik serta mampu
00:10menyokong inovasi dan daya saing industri maritim negara.
00:14Menurut Timbalan Pengarah Jaringan Industri Universiti Malaysia Terengganu, Prof. Madya Teknologis Dr. Mohd Hakimin Mohd Saleh, usaha itu penting bagi
00:24memastikan Malaysia terus berkembang dalam sektor ekonomi biru yang semakin kompetitif di peringkat global.
00:32Malaysia perlu melihat dalam aspek ekonomi biru ataupun energi transisi koridor. Malaysia masih kuat dalam offshore oil and gas, subsea
00:44infrastructure dan ia boleh berkembang menjadi niche Malaysia sebagai energi maritime platform.
00:51Pada 2040, saya fikir kekuatan maritime bukan lagi siapa yang menguasai pelabuhan terbesar tetapi siapa yang menguasai lapisan nilai ataupun
01:02value layers dalam sistem maritime.
01:05Beliau berkata demikian ketika ditemubual dalam program niaga awani pada Rabu.
01:10Tambahnya ketiadaan repository data marin nasional yang bersepadu menyebabkan pembangunan ekonomi biru negara masih berada pada tahap separuh matang.
01:19Ujar beliau negara lain dilihat lebih maju dengan sistem data marin digital yang menyeluruh dan berintegrasi.
01:27Keadaan itu menuntut pendekatan lebih strategik dan penglibatan semua pihak bagi mempercepatkan pembangunan ekonomi biru berteraskan masa hadapan.
Comments

Recommended