00:00Kerajaan bersetuju membuka ruang permohonan tuntutan bayaran balik tunai diesel di bawah sistem kawalan diesel bersubsidi SKDS mulai 1 Julai.
00:09Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Serah Hidup KPDN, Armizan Mohd Ali berkata,
00:14mekanisme itu membolehkan syarikat yang layak menuntut perbezaan harga diesel yang lebih pada harga runcit tanpa subsidi dengan harga diesel
00:23bersubsidi SKDS.
00:26Kemudahan itu khusus untuk syarikat pengangkutan darat awam dan barangai yang layak di Sabah, Sarawak dan wilayah persekutuan Labuan yang
00:34masih belum menerima kad fleet.
00:36Langkah itu dilaksanakan bagi memastikan syarikat terus menikmati manfaat subsidi diesel sementara menunggu kad fleet diterima.
00:44Penggunaan kad fleet di bawah SKDS akan berkuat kuasa selaras dengan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di seluruh negara mulai 1
00:52Julai.
00:53Melalui skim itu, sektor pengangkutan darat awam akan terus menikmati diesel bersubsidi pada harga RM1.88 se-liter,
01:00manakala sektor pengangkutan darat barangan pada harga RM2.15 se-liter.
01:05Sehingga 22 Jun, sebanyak 8,445 syarikat melibatkan 30,557 kenderaan telah berdaftar di bawah SKDS di Sabah, Sarawak dan
01:15Labuan.
01:16Tuntutan bayaran balik ini terbuka kepada syarikat yang telah mendaftar di bawah SKDS dan memohon kad fleet sebelum atau pada
01:2330 Jun.
01:24Tuntutan meliputi pembelian diesel dari 1 Julai hingga 31 Julai atau sehingga tarikh kad fleet diterima yang mana lebih awal.
01:32Permohonan boleh dibuat melalui portal MySubsidi dan perlu disertakan dengan risik pembelian diesel sebagai bukti.
01:38KPDM memaklumkan bayaran balik akan dikreditkan ke akaun syarikat oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas proses semakan
01:46selesai.
Comments