Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa kepada seluruh bapa di negara ini. Baginda menekankan peranan penting seorang bapa sebagai tunjang keluarga serta penghargaan terhadap pengorbanan yang sering tidak dizahirkan.
Transcript
00:00Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Pemaisuri Agong, Raja Zahir Sofiah hari ini menzahirkan ucapan Selamat Hari Bapa
00:07kepada seluruh insan yang bergelar bapa di negara ini.
00:10Menerusi hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda menegaskan bahawa peranan seorang bapa amat penting sebagai sumber kekuatan sesebuah
00:20keluarga
00:20serta menjadi pembimbing utama dalam mencorakkan masa depan anak-anak.
00:24baginda telah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala pengorbanan, kasih sayang dan bimbingan yang diberikan oleh golongan bapa
00:32yang disifatkan amat bernilai dalam membentuk generasi masa hadapan.
00:37Menurut baginda, meskipun kasih sayang seorang bapa sering tidak dizahirkan melalui kata-kata, namun jasa dan pengorbanan mereka tetap kekal
00:45abadi
00:45serta terpahat di dalam hati anak-anak sepanjang hayat.
00:48Dalam hantaran sama, baginda mendoakan agar Allah melimpahkan rahmat ke atas almarhum Sultan Iskandar dan almarhum Sultan Idris Syah II
00:57serta mendoakan agar ruh mereka ditempatkan dalam kalangan yang beriman.
01:01Terima kasih kerana menonton!
01:06Terima kasih kerana menonton!
01:08Terima kasih kerana menonton!

Recommended