00:00Kelakuan tidak senonoh seorang lelaki yang dipercayai cuba merakam seorang wanita di dalam tandas di pekan berkenu membawa padah apabila
00:09dia ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
00:13Menurut saksi kejadian, insiden tersebut disedari sendiri oleh mangsa ketika sedang menggunakan kemudahan tandas di premis makanan berkenaan.
00:21Mangsa yang terkejut dengan tindakan mencurigakan suspek bertindak berani dengan keluar mendapatkan bantuan serta memaklumkan perkara itu kepada orang ramai
00:31di lokasi kejadian.
00:33Susulan itu beberapa individu yang berada di kawasan berhampiran bertindak pantas mengepung dan menahan suspek daripada melarikan diri.
00:42Lelaki terbabit seterusnya dibawa ke balai polis berkenu bagi menjalani proses dokumentasi awal dan membantu siasatan berhubung dawaan salah laku
00:51tersebut.
00:51Mangsa turut membuat laporan polis rasmi di ibu pejabat polis daerah Miri.
00:57Setakat pagi ahad, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk memeriksa peranti milik suspek bagi mengenalpasti kemungkinan wujudnya rakaman atau
01:06gambar lain yang berkaitan.
Comments