00:01Presiden Paz Abdul Hadi Awang mendakwa isu salah laku tabung haji dibesarkan kerana institusi itu membawa jenama Islam sehingga memberi
00:10gambaran buruk terhadap Melayu-Islam.
00:12Hadi mengakui wujud penyelewengan dan salah laku dalam institusi kewangan Islam namun mendakwa salah laku pada skala lebih besar.
00:20Di syarikat berkaitan kerajaan serta institusi perniagaan lain tidak mendapat perhatian sama malah disembunyikan di bawah kapet.
00:28Hadi mendakwa kesalahan segelintir individu diperbesarkan sehingga menenggelamkan sumbangan mereka yang menurutnya berjasa membangunkan institusi pengurusan dana haji itu.
00:39Selain itu, Hadi turut membandingkan perhatian terhadap tabung haji dengan kes projek terowong dasar Laut Pulau Pinang yang membabitkan bekas
00:47ketua menterinya Lim Kuan Eng.
00:49Katanya kes terowong itu dibicarakan separuh jalan sebelum seolah-olah dilupakan dan jarang dipangkitkan apabila ada pihak menyebut mengenainya.
00:58Sebagai rekod, perbicaraan kes terowong yang membabitkan Lim itu masih berjalan di Mahkamah Session Kuala Lumpur.
01:04Fatin Saida Tunisa, FMT
Comments